Thursday 18 August 2011

Tab- Cara Nak Buat Pages

Assalamualaikum... kembali bersama saye..
Haha macam bace berita pulak..

Ok, straight to the point,
Berikut adalah cara2 nak buat pages kat blog. 

 * klik gambar untuk lihat lebih jelas

 Yup, yang dibulat merah tu la page.
Kot2 rase serabut sangat blog kan, boleh letak page.
Selalunya blogger suka letak, profile, tutorial, or ape2 la.

Cara2 nye mudah saje.
Macam biasa, mula2 login, lepas tu akan jumpa dashboard.
Klik new post.

Lepas tu akan jadi begini. Klik Edit Pages macam dalam gambar

Yeah, kemudian Klik Create a Page.

Ok, lepas tu, bukak 1 lagi tab ke blog sendiri.

Kemudian, pergi ke entri yang menjadi pujaan kalbu sendiri.
Copy url nye.
Bukan url saye ni tau. Sendiri punye ye.
Then, pergi semula ke tab yg tadi.
Buat la tajuk page yg diingini.
Lepas tu, taip entri macam biasa.
Kalau nak masukkan url tadi, highlight ayat tu, klik Link.

Lepas tu, masukkan la url tadi. Lepas tu klik ok.
Dah setel semua, publish la, ape lagi. hehe

Kemudian akan keluar macam ni.
Pilih la korang nak page tu posisi kat mane.
Lepas tu, Save And Publish


Siap!.. Ok, kalau nak adjust kaler ke tulisan ke ape2 ke, 
pergi ke template designer dan edit kat situ macam biasa.
Ok, selamat mencuba..... ^_^

Saturday 13 August 2011

Tab- Cara Nak Letak Favicon Di Sebelah Url Blog

Assalamualaikum...
Ape itu Favicon?
Ia adalah singkatan daripada perkataan Favourite dan Icon.
Gambar yg terdapat di sebelah url.

Gambar tu boleh ditukar mengikut kehendak masing2.
Sekaligus menunjukkan icon blog kite.
Macam kat bawah nie.

Cara2 nya adalah seperti berikut:

1. Mula2 sediakan gambar yg bersaiz segi empat sama.
Lebar dan tinggi mesti sama. 
Contoh: 64x64, 32x32 atau 16x16

2. Pergi ke Design. Kat situ, akan jumpa Favicon. Klik.

3. Bila dah klik, akan keluar macam kat dalam gambar nie.
So, klik browse, dan masukkan gambar dari komputer 
yg mempunyai saiz yg sesuai tu.
Lepastu Save.
Akhir sekali Save lagi kat atas sebelah kanan tu.

Senang je. Langkah semudah 1, 2, 3 je..
Selamat mencuba ye... v(^__^)v






*p/s: jangan frust kalau dah buat, lepas tu tak jadi pape. 
Memang lambat sikit nak update.



Friday 12 August 2011

Shoutbox- Cara Letak Cute Emoticon

Ok, saye belajar lagi.
Cara2 nak letak emoticon cute kat shotbox.
Tutorial ni saye belajar kat blog Kebun Cik Durian

Ok, ape2 sekali, sebelum buat menda nie, kena la ade shoutbox dulu.
Saye guna shoutbox jenis Shoutmix

Kalau xde, kena buat dulu. Shoutmix di LINK INI

Bila dah buat, copy code nye.
Pergi ke Dashboard>Design>Add a Gadget>HTML/Javascript
Paste kat situ then save.

OK, untuk letak emoticon cute,
boleh pilih ape2 aje emoticon antaranya di:


Kemudian, log in shoutmix.
Pergi ke Setting>Display>Smiley

Kat sini. Klik Smiley


Ok, pergi ke website emoticon. Yang ni laymark.com
Dekat emoticon yg kite nak tu, Right Click.
Klik kat View Image Info.

**Sesetengah tu, xde macam nie.
Sape yg pakai Google Chrome, akan keluar Copy Image Url.
Klik disitu. Lepas tue, Copy.


Copy url yg kat warna biru tue.


Kemudian, pergi semula ke shoutmix.
Paste url tadi macam dalam gambar nie.
Lepas tue, klik Add


Ulang proses yg same untuk emoticon2 yg lain.
Akhir sekali, klik Save Setting.


Inilah hasilnya.... ^__^

Tab- Cara Buat Ayat Bergerak Di Tab/ Title Bar

Assalamualaikum.... Hai Hai Hai...
Ape itu Tab/ Title Bar? 
Yup, tue yg kat atas tue. Yang ade tulis name blog kite.

OK, di sini saye belajar 2 cara.
1. Dari blog Diari Si Froggie
    2. Dari blog Tutorial Untuk Blog 

Cara No.1

Ok, mula2 Sign In dulu. Kemudian di dashboard, klik design.

Kemudian, klik Edit HTML


Untuk langkah keselamatan, dinasihatkan save dulu template yg sedia ada ni.
Klik Download Full Template. (Bulatan pink)

Lepas tu tekan Ctrl + F
Dah tekan, taip <head> dalam bulatan merah 
bertujuan nak find perkataan <head> tue

Kemudian, muncul la perkataan <head> tue. (Bulatan biru)


Copy code di bawah nie.
<script language='JavaScript'> var txt=&quot;AYAT KORANG&quot;; var kecepatan=200;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt; txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0); segarkan=setTimeout(&quot;bergerak()&quot;,kecepatan);}bergerak(); </script>
 Dah copy, paste kan di bawah perkataan <head> tadi


Delete perkataan "Ayat Korang", tukar dengan ayat ape yg kite nak.
Kemudian Preview, kalau menjadi dan puas hati, klik Save Template.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara No.2

Cara ini lebih mudah. Tak pening kepala.
Menggunakan Title Bar Maker
Lebih banyak pilihan ikot kesukaan masing2.



Yup, senang je guna menda nie.

No.1- Add Title Bar Messege. kemudian klik Add

No.2- Choose an Effect. Macam saye punye, jenis Message Scroller.
Lepas tu klik Preview.

No.3- Dah puas hati, lepas tu klik OK, Generate Code!
Code akan keluar kat kotak puteh bawah tu.
Copy code tu.

Lepas tu, pergi Dashboard, klik Design.
Pergi dekat Add a Gadget, klik.

Pilih HTML/ JavaScript

Paste kan code tu.
Lepas tu save.
Kemudian, Preview.
Dah puas hati, Save la. hehe

Siap.... ^__^


Thursday 11 August 2011

Cara Letak Link Yang Boleh Terus Dilihat Di Entri.

Assalamualaikum... hello... ^__^
Okey harini saye belajar menda nie pulak.
Saye belajar dari blog ---> Tutorial Untuk Blog

Agak2 paham ke tak tajuk nie?
*Perhatian: untuk gambar2 beriktunya, 
sila klik di gambar untuk lihat dengan lebih jelas.




Ok, lihat nie.
Saye letak blog saye yg satu lagi. 
So, readers boleh tengok blog tu tanpa perlu ke blog tu terus.
Boleh tengok direct dari sini.


Yeah, cara2 yg saye guna adalah seperti berikut.
Mula2 sign in la dulu blogspot. Lepas tu pergi ke dashboard.


Di dashboard akan jumpa menda nie. Klik new post.


Ok, bila pergi New Post nampak la macam nie kan.

Then taip la ape yg nak ditaip.
Bila dah nak masukkan link tue,
Pergi la ke Edit HTML

Bila pergi kat Edit HTML macam ni la rupanye


Lepas tue, copy code nie dan paste kat situ

<iframe src="LINK DISINI" width="98%" height="400" border="1"></iframe> 

Kemudian, delete [tulisan hijau-klik disini] tue.
Gantikan dengan url link yg nak dimasukkan.
Macam saye buat tue.


Ok, lepas tu, pergi semula ke compose
Lihat dulu jadi ke tidak.
Klik Preview.

Ok, macam ni menjadi la.
Agak2 dah puas hati, boleh la Publish Post.


Cara nie juga boleh diguna untuk letak link ape2 je.
Nak letak Youtube ke, Yahoo ke, Google ke. Ape2 je la.


Yes, akhirnya setelah berusaha, saye dah faham dan saye dah reti.
Alhamdulillah...

Header -Transparentkan Header Menggunakan GIMP

Assalamualaikum... Halooo...
OK cara nak transparentkan header menggunakan GIMP
GIMP boleh didownload disini [LINK]
Cara2 nie saye belajar dari tutorial blog  Diari Si Froggie

 *Pesanan: untuk lihat dengan lebih jelas, klik gambo yg ade ok. ^_^

Mula2 sekali, open la GIMP tu.
Then, klik file, lepas tu klik open.
[file>open]

Lepas tue, pilih la header mane yg nak di transparentkan.

Kemudian, ikot yg macam dlm gambo nie.
Mula2 klik kat yg dah dibulatkan dengan warna merah tu.
Lepas tu, klik Layer, Transparency, Add Alpha Channel.
ringkasnya: [bulat merah> Layer> Transparency> Add Alpha Channel]

Lepas tu, klik kat bahagian mane yg nak ditransparentkan.
Klik, then tekan button DELETE
So, akan jadi macam dalam gambo tue.

Bila la setel semua, dah puas hati,
Klik file, then Save As

Kemudian akan keluar macam dlm gambo nie.
Bagi header yg berformat jpg, kena tukar ke png tau.
Tengok kat bulat merah tu tulis jpg.


Delete jpg tu, taip lah png.
Lepas tu tekan Save

Bila dah tekan save, akan keluar menda macam tu.
Nampak tak dekat bulat merah tu, 
Ade tulis Save Background Colour kan,
Jangan tick tau. 
Lepas tu Save.... Siap!!!

Senang je rupanye kan... hehe..
Selamat mencuba.... ^__^

Wednesday 10 August 2011

Header - Buat Header Menggunakan Photoscape

Assalamualaikum... Hai Hai Hai...
Ok, disebabkan blog ni baru dan masih kosong, 
kena la buat header supaya nampak lebih menarik...

Untuk buat header, saye menggunakan photoscape.
Saye belajar dari blog Diari Si Froggie
Photoscape boleh didownload di sini [LINK]
Ok, mula2 open la photoscape. 


 Kemudian pergi ke menu, klik New Photo


Lepas tue, pilihlah saiz yg diingini.
Saye pilih saiz :
width: 960
height: 300

Hasilnye jadi la seperti ini.
Kalau nak letak frame, klik kat situ.


Yang nie pulak kalau nak tukar warna background.

Nak masukkan gambar. 
Kalau klik Photo, untuk guna gambar dalam komputer sendiri.
Kalau klik yang lain tue, gambar sedia ada dalam Photoscape.

Hasilnya setelah dimasukkan gambar.

Nak masukkan tulisan.
Boleh tukar warna, saiz dan lain2 ikot suka masing2.

Ok, dah siap. 
Klik save.

Bila keluar benda tu, klik ok.
Untuk memastikan gambar dalam kualiti paling high.

OK, lepas ni saye nak pergi belajar cara2 nak transparentkan header.
Kalau dah berjaya, saye tunjuk kat sini ye. ^__^