Wednesday, 5 October 2011

Teka-Teki Budak Sekolah Tahun 90an #2

Assalamualaikum...
Ahahaha... Teringat lagi...
Ade lagi teka-teki budak sekolah tahun 80/90an...  
Tapi agak tak senonoh la sikit kan... hehehe...
  Soalan nye gini.
Ali jalan-jalan. (Biasa la teka-teki dulu2, asyik guna nama Ali je kan)
Jalan-jalan...  Jalan-jalan... Dia rase sakit perut. 
Dia nak gi jamban (Guna toilet la sopan sikit kan)
Dia nampak ade 3 toilet. So, mana satu pilihan dia?


Hahaha... jawapan dia dah tau kan?
Yang 101 tue la, sebab rupa dia macam toilet... hehehehe..
Teka teki budak-budak, biasa la cam gitu.. ^__^y




Tuesday, 4 October 2011

Teka-Teki Budak Sekolah Tahun 90an

Assalamualaikum.... hai....
Haaa... tadi godek-godek my lappy, bukak-bukak folder lagu, terjumpa la lagu A To Z... 
Lama giler tak dengar lagu diorang... hehehe... 

Then, teringat satu teka-teki zaman dulu-dulu (budak2 yg lahir tahun 80/90an)
Soalan dia macam ni. Tengok gambar dulu ye.


Ada tiga orang budak nakal. 
A, T, Z (mewakili A To Z la tu) suka main kat rumah Siti (mewakili Siti Nurhaliza). 
Satu hari ATZ tu baling batu kat rumah Siti. So, Siti cakap ape?

Haaa... Jawapannya:
Siti cakap: "Cerminku retaaaakkkkk seribu...." (lagu Cindai)

Lepas tu, ATZ cakap ape?

ATZ cakap: "Maafkanlah diriku ini, tiada rela jua jadi begini..." (lagu Darjat)

Macam tah pape je kan... Tapi mase tu Siti Nurhaliza dengan A to Z ni femes tul.
Budak-budak pun tau nyanyi lagu diorang. hehehehehe...





Monday, 3 October 2011

Cara Nak Letak Signature Dalam Entri

Assalamualaikum... Hai Hai Hai....
Inilah caranya nak letak signature dalam entri ye...
Saye ikut tutorial dari blog Lyssa Faizureen
Nie la tutorial yang paling senang dan paling faham yang saye pernah jumpa.
Terima kaseh sangat3 kepada beliau.

Okey, cara-caranya seperti berikut.
Mula2, pergi ke link ini: My Live Signature 
Macam ni la rupa dia ye.

Lepas tu, pilih yang ‘Using the Signature Creation Wizard’. Yang no.1 tu.

Masukkan nama/text yang nak dipamerkan kat textfield yang ade tue, 
lepas tu klik ‘Next Step’

 Lepas tu, pilih la font macam mana yang diingini, Lepas tu klik ‘Next Step’

Pilih saiz yang diingini, then, ‘Next Step’


  Pilih background colour. Kalau tak nak ada background colour, klik transparent. 
Lepas tu, pilih la text colour ikut suka masing-masing. Then, klik ‘Next Step’


 Pilih slope macam mana korang nak. 
Nak senget ke tahap yang macam mana, ikut suka, okey. Then, ‘Next Step’


 Lepas tu, akan keluar Finished! The signature is ready. 
Maknanya dah siap la. Kemudian, klik pada link ‘Want to use this signature?


  Korang akan dibawa ke page baru, ‘Generating Singnature Code’. 
Klik pada ‘Generate HTML code


 and
 Kat sini ada 2 pilihan. Nak generate code untuk singnature sahaja ataupun nak generate signature dengan sedikit info tentang website/slogan.


Copy Html code tu.

 ^^^^^^^
Tibalah masa nak masukkan dalam blog. Mula-mula mesti la login ye. 
Lepas tu > Setting > Formatting. Scroll sampai bawah sampai jumpa Post Template. 
Paste kan code tali dalam box tu. Lepas tu klik ‘Save Setting’.


 Last sekali, test tengok jadi ke tak. Pergi ke ‘Posting’ dan klik ‘New Post’ .

 So, boleh la taip enti. Kalau nak signature tu berada diatas, taip selepas signature tu.
Kalau nak dia ada kat bawah, taip sebelumnya.

 Kalau nak ubah kedudukan, klik kat signature tu. Macam dalam gambar,
kononnya nak ke kanan, klik la right dan sebaliknya.

 Macam ni kalau kat kanan.

Ok, Done!!! Saye punya signature dah jadi.... hehehehe.... ^__^y



Sunday, 2 October 2011

Kalau Nak Try Tulis Novel Boleh Tak?

Assalamualaikum... Halooo...

Okey, berkenaan tajuk kat atas ni, memang agak pelik untuk orang macam saya ni. 
Serius ke?... Berbakat ke eh? 
Macam takde bakat je.. huhu..
psssttt.. jangan tak tau, masa Form 2/Form 3 dulu,tak ingat dah bila,
saya pernah cuba. Ade pulak tu kawan yang nak baca. kih3.. =)
Tapi tergantung macam tu je, give up!
Lepas tu, saya ambil aliran sains pulak, masuk U pun masih dalam sains, memang takde terfikir la nak try. Tapi, baru-baru ni rasa teringin pulak nak try. huhuhuhu...

Apa novel pertama yang saya baca? 
Haaaa.... Taraaaa...
Julia yang dikarang oleh Abu Hasan Morad.

Novel ni 1st time baca masa saya umur 12 tahun okey, Darjah 6.
Masa tu akak saya Form 5, dia bawak balik novel ni tapi saya yang baca.
So, masa saya pulak Form 5, saya takde masalah langsung dengan novel ni. (Riak nyer...)
Lagipun saya memang harap sangat novel ni dikekalkan sekurang-kurangnya sampai saya Form5.

Apa novel pertama yang saya beli?
Jeng.. jeng.. jeng...
Stefa Isle yang ditulis oleh Dr. H.M Tuah Iskandar.
Saya beli novel ni masa saya Form 1 kalau tak salah. Diikuti dengan Original yang jugak kesinambungan dari Stefa Isle.
Saya sayang sangat novel Original ni.. Tapi, abang saya pulak hilangkan, memang sadis la..

Lepas tu baru saya start baca novel-novel lain yang cintan cintun, remaja, islamic, thriller semua bedal. Dah masuk U, jarang dah baca kecuali satu dua buah je. Sekarang baca novel online pulak. 

So, akhir kata, berbalik pada persoalan tadi, kalau nak try tulis novel boleh tak?




p/s: entri yang buang tebiat. Saya berani tulis ni kat sini sebab saya tau tak ramai orang yang terjah blog ni. hehehehe... Kalau kat blog lagi satu tu, agak segan, ramai orang dikenali yang baca. huhu ^__^y


Saturday, 1 October 2011

Cara Nak Buat Doodle Style Lady Jaja: Guna Publisher

Assalamualaikum... Haloooo.... ^__^y
Ok, saye taw agak ketinggalan nak buat entri ni..
Dan saye juga taw ramai teringin nak buat doodle 
tapi tak taw nk guna Photoshop ke ape ke yang canggih-canggih tu kan.

So, kat sini saya nak ajar buat doodle yang paling senang 
menggunakan microsoft office publisher.
Boleh juga nak gunakan word ke, excel ke, janji ada tool shape. 

Ok, mula-mula kasik bukak la itu publisher. Saye pakai yang 2007 punya taw.
Ambil yang 'blank page sizes'

Lepas tu pilih la saiz yang korang nak. Saya pilih A4 dalam kedudukan potrait.

Bahagian Pertama: Nak buat muka doodle. 
Ambil bentuk bulat. Lepas tu, nak warnakan. 
Double click dan pilih colour untuk skin. Ikut suka masing-masing. 
Line tepi tu pun guna colour yg sama.

Dah siap untuk skin colour, right click and copy & paste.
Kita nak buat tudungnya pulak. Pilih la colour apa yang diingini. 


Ok, lepas tu, right click > order > send to back.
Bawa yang nak dibuat tudung tu ke muka tadi. Dia akan duduk kat belakang muka.
Lepas tu, adjust bagi jadi macam saya buat tu.

Lepas tu, copy paste lagi sekali yang nak buat tudung tu.
Buat macam tadi. Right click > order > send to back.
Adjust untuk jadikan bahagian tudung yg di dada.
Then, ctrl + A atau select all. Akan jadi macam dlm gambar.
Clik 'group object'. So, apa korang buat lepas ni pun ia ni takkan terjejas.

 Bahagian kedua: Nak buat mata.
Ambil bentuk bulat, tarik-tarik bagi jadi bujur. Saiz kecik je tau.
Lepas tu, warnakan dengan warna kelabu.
Lepas tu tambah satu persatu lapisan di atasnya, 
untuk buat mata hitam dan anak mata dalamnya. 
Kalau nak mata tu nampak bersinar-sinar, tambah sikit colour putih kat tepi-tepi.

Ok, buat macam tadi. klik kan mouse, hold, jangan lepas. (Untuk select all)
Tarik sampai ada kotak kat mata tu. Lepas tu, 'group object'.
Untuk buat alis mata, ambil shape 'block arc'

Lepas tu, adjust sampai dapat bentuk yang rasa-rasa sesuai.
Warnakan hitam or apa-apa yang cantik, macam pakai eye liner.
Untuk dapatkan sebelah lagi mata, copy paste je and adjust sikit.

Lepas tu, nak buat kening. Ambil shape 'arc'. Sama jugak macam tadi. 
Tapi, jangan masukkan colour kat 'fill' tu ye. 
Adjust ketebalan kening kat line > weight, kat mouse saye tu.
Lepastu, macam biasa, group object. Mata dah siap.

Bawa mata tu kat muka. Nampak pelik je kan. Ye, adjust lagi sampai elok.
Lepas tu, buat mulut. Pilih la apa-apa shape yang dirasakan boleh jadi mulut. 
Warnakan. Kalau nak buat blusher, ambil bentuk bulat dan jadikan dia bujur. Letak kat pipi.

Bahagian ketiga: Buat pakaian.
Ambil shape yang sesuai, then susun ikut imaginasi sendiri.
Ni kononnya nak buat baju kurung ni.

Lepas tu warnakan. Macam biasa. Ulang step yang sama untuk 'group object' tu.
Bahagian baju, 'send to back' supaya tudung tu berada di hadapan.

Bahagian Terakhir: Tangan dan kaki.
Untuk yang baru pertama kali nak buat doodle, buat tangan dan kaki yang simple je dulu.
Warnakan dan send to back.
Lepas tu ctrl + A > group object.

Akhir sekali, right click > save as picture.
Gambar adalah dalam format png.
Tadaaaa!! Siap!!


Untuk nampak lebih comel, tambahkan accesories.
Kat kepala, kat baju, kat tangan..
Kena pandai main dengan shape. 
Mula-mula memang rasa susah. Tapi kena rajin usaha.
Chaiyok! Chaiyok!


p/s: kalau nak tengok doodle yang lain dengan accesories,